Friday

Penaboard : Sulaiman (bukan sekadar nama) Part 1

Dikeheningan subuh pagi disebuah kampung pendalaman,terpancar suasana tangisan bayi serta kegembiraan sepasang suami istri apabila dikurniakan cahaya mata yang pertama muncul dalam kehidupan pasangan tersebut. Terutamanya kepada ibu yang melahirkan anak yang belum diberi namanya.

Jelas terpancar kesyukuran oleh si bapa dan berpuas hati kepada ilahi kerana anak yang dilahirkan itu sempurna sifatnya. Bagi sibidan yang menyambut kelahiran itu sangat bersyukur kerana perjalanan untuk melahirkan bayi itu akhirya selesai dengan suasana yang agak tenang kerana ia berlaku dikala subuh hari. Bayi yang dilahirkan itu adalah lelaki yang berwajah saling tidak tumpah seperti wajah ibunya.

selepas bayi itu dibersihkan Lalu sibapa dengan lantas mengazakan bayi itu dan memberi sedikit manisan kemulutnya. Si ibu yang masih letih dan tidak bermaya mahu melelapkan mata seketika kerana terlalu penat dan berpuas hati dengan kelahiran tersebut.

Dengan senyuman sibapa dan menganggukkan kepala tanda setuju untuk melihat si ibu terlantar dan terlena di atas katil. Dalam masa tidak sampai setengah jam si bapa merasa ada kelainan pada si ibu apabila bayi yang disusukan oleh si ibu menangis dengan kuatnya.

Si bapa mahu mengejutkan si ibu tetapi tidak sampai hati kerana keadaan si ibu sangat tidak bermaya. Lalu sibapa mengambil bayi tersebut lalu terperasan ada sesuatu yang tidak kena pada si ibu…..



(Apakah kesudahan cerita ini…..??? saksikan part 2 yang akan datang…)

Continue……. klik part2!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...