Saturday

Penaboard :Sulaiman (bukan sekadar nama) Part 2

Apabila perasaan yang tidak kena itu makin meresap tinggi kedalam jiwa sibapa,lantas sibapa segera mengangkat si ibu kedalam kereta dan dengan segera membawanya ke hospital yang agak berjauhan dari kawasan kediaman mereka, sementara bayi lelaki mereka yang tiada nama itu telah dihantar ke rumah jiran yang berdekatan dirumah mereka yang juga dikenali sebagai makcik minah.

Mak cik minah bersetuju untuk menjaga sibayi lelaki itu untuk seketika sementara menunggu kepulangan sepasang suami istri itu dari hospital.sibapa juga meninggalkan no telefonya kepada makcik minah untuk dihubungi sekiraya ada apa-apa yang berlaku pada anak sulungya itu..

 Makcik minah juga mempunyai anak perempuan yang kecil dalam linkungan umur setahun setengah. Apabila sibayi lelaki itu menangis makcik minah segera menyusukan bayi tersebut dengan susu badannya.Maka berkongsilah susu badan diantara bayi lelaki itu dan anak makcik minah yang bernama sarah.

Apabila sudah hampir seharian makcik minah menunggu kepulangan ibu bapa bayi lelaki itu, mak cik minah mula gelisah kerana tiada tanda-tanda dimana pasangan itu akan pulang. Ini kerana mak cik minah berusaha untuk menelefon sibapa bayi lelaki itu namun sia-sia kerana panggilan itu tidak terjawab.

 Tidak sampai lima belas minit akhirnya panggilan yang dibuat oleh makcik minah terjawab…akan tetapi panggilan itu dijawab oleh…..

(Apakah kesudahan cerita ini…..??? saksikan part 3 yang akan datang…)

Continue…… klik part 3!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...