Friday

KeNa DeNdA (zaman sekolah rendah)

السلام عليکم
semua.......aku mohon salam bagi yang beragama islam..
yang bukan tu aku ucapakan selamat sejahtera..
teringat plak masa2 dulu..masa cikgu aku ajar dalam mata pelajaran BM,
masa tu aku dalam darjah 2,time tu cikgu aku buat kuiz untuk budak2 kelas..
secara tak langsung aku terbabit tanpa mengisi borang untuk mengambil bahagian
dalam kuiz yang cikgu aku anjurkan ni..
aku cite sket protokol2 untuk kuiz ni..

1.barangsiapa tak dapat jawab kali pertama akan berdiri..
2.barangsiapa tak dapat jawab lagi kali kedua berdiri atas kerusi plak..
3.barangsiapa tak dapat jawab lagi maka berdiri lah di atas meja..

atas titik tolak positive dan negative, ade yang kejap turun meja kejap naik kerusi balik..
time tu budak2 memang la suke kejap diri kejap duduk..
kanak2 riang la katakan..huhuh.macam kowang dulu2 gak..
tapi cikgu aku bagi hadiah kalau dapat dapat jawab soalan dengan betul..
hadiahnye gula2 yang saiznya lebih kurang 1cm x 2cm (panjang X lebar)..hihii
walau kena berdiri pon jawab betul dapat gak hadiah..
ok..permainan kuiz bermula..aku pon memulakan strategi untuk mengumpulkan seberapa banyak gula2 yang ada..
time aku nak jawab ade je budak yang angkat tangan dulu daripada aku..
aku ni tak sempat nak angkat tangan laju2..hihih

aku tak putus asa..aku teruskan niat aku..
cikgu aku bagi soalan yang susah sikit kali ni..budak2 pon pening nak jawab ..
aku tengok takde sape pon budak2 kelas angkat tangan..time aku angkat ade la yang sibuk nak angkat tangan gak.
aku angkat la dengan over konfiden..hiihih
soalan berbunyi cam ni... "cuba eja perkataan mesyuarat..."
fuhhh..soalan senang aku pikirkan.huhu..cikgu pon detect aku..

aku eja la.. M.E.S.U.R.A.T.....

aku senyum..aku ingat betulah ejaan aku tu..
dengan automatik cikgu suruh aku berdiri on the spot atas kerusi,aku tak tau kenapa?
(sampai sekarang aku pikir lagi kenapa aku kena berdiri diatas kerusi terus tanpa berdiri dahulu??,pandaikah aku??hahhaha)..
(ini tidak adil bagi pihak aku)..hihi aku mintak lagi cikgu aku talian hayat untuk aku eja balik semula perkataan tu..
aku eja ... M.E.S.Y.A.R.A.T ....Peh kepala aku jadi pening macam nak pitam..sebab aku bagi jawapan yang salah.....
berdiri lah aku diatas meja dengan perasaan bangga..hahaha..kali ini,aku kenalah jawab soalan dengan betul..kalau tak..tak duduk aku..
tetibe kawan aku kat sebelah tepuk kaki aku dan memberi aku sekeping kertas jawapan..
yess!!! aku boleh turun dari meja ni..ejaan memang panjang..aku yakin memang betul..tetibe cikgu bagi aku peluang untuk menjawab
kerana time tu aku sorang2 je makhluk yang berdiri diatas meja..hihi
aku mula lah mengeja dengan bersungguh2 .. ejaan nye adalah berbunyi M.A.S.Y.A.R.A.K.A.T...yang tertulis di dalam kertas tadi,
kertas tu aku cover2 kat tangan jangan bagi cikgu nampak..hihih.
lepas aku eja..
cikgu aku pon tetiba tergelak..aku pon pening..
aku mana lah tau sambung2kan ejaan panjang2 ni,
lagipun aku tak paham ayatnye bila di compile kan pada masa itu,..hihhiih
aku still tegagap2 lagi..kadang2 aku eja aku pon tak paham maksudnya..hahhah
sekali salah daa....cikgu aku pun suruh aku turun dari atas meja sempena kuiz pun sudah tamat..dan memanggil aku ke meja gurunya
ditepi papan hijau (dulu guna papan hijau)..dia suruh aku menulis sebanyak 50x ejaan MESYUARAT didalam buku latihan..
dia kate aku ni masih lemah dalam bacaan dan ejaan..hihihi
dalam aku bejalan ke tempat duduk ku..
tetiba perhatian aku terfokus satu perkataan ditepi dinding disudut kelas..dalam ati aku tedetik (macam sama je huruf yang aku eja tadi) dengan ejaan "MASYARAKAT" ..
rupa-rupanya kawan aku tu boleh ciplak pekataan kat tepi dinding kelas dan pass kat aku....
ingat kan nak tolong dengan ikhlas..rupanya makin nak menjahanamkan aku..hihihi
ni aku bagi kowang tengok video ni..kadang2 aku tengok video ni aku teringat zaman sekolah..lain disoal,lain dijawab...
banyak lagi cite2 aku kena denda lah,
kena paksa minum minyak ikan scoat(yang perisa original warna putih)
dengan cikgulah..dan apa2 lagi lah lagi..hihih
(apa yang aku buat,itulah yang aku dapat)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...