Saturday

~PUISI UNTUK ABAH~ (ALLAHYARHAM CIKGU TASLIM a.k.a SAMSUDIN)



ASSLAMUALAIKUM...

sebelum tu , kita sedekahkan AL FATIHAH kepada ALLAHYARHAM CIKGU TASLIM a.k.a SAMSUDIN(pak uteh aku) ..foto diatas adalah gambar arwah pak utehku...
aku tertarik dengan puisi yang dibuat oleh saudara ku..iaitu CIKGU AKIM...
anak kepada arwah pak uteh ku...
jom kite baca dan hayatinye....
aku tersentuh sangat..... aku terasa kehilangnye kerana aku memang rapat denganya.. =(
tapi aku redha....ok jom kite reader sama2..

Puisi untukmu...

Abah…

Apabila menatap potret mu,
aku tidak tahu mengapa air mata ku berlinangan,
ku cuba untuk menyelaminya,
dapat aku rasakan berjuta kekecewaan yang telah ku hadiahkan sehayat hidupmu..

Abah...

alangkah rindunya untuk ku sebut panggilan ini,
panggilan keramat yang pernah ku bibitkan suatu masa dahulu,
kini yang tinggal hanyalah namamu pada diriku,
akan ku bawa bersama sehingga mati…

Abah…

jika kau tahu betapa aku amat menyayangi dirimu,
tentulah pada waktu ini kaulah insan yang amat gembira sekali mengetahuinya,
tetapi apakan dayaku sebagai seorang anak lelaki yang tebal dengan egonya,
tidak mampu untuk ku menunjukkan semua itu kepada mu,
Aku tahu bahawasanya akulah anak yang dianggap tidak pernah berbudi padamu,
Membuatkan diriku rasa menyesal sehingga kini,
Bila ku renungkan inilah dinamakan permainan duniawi,
Hidup yang penuh dengan dugaan,
Tetapi aku telah tersungkur jatuh di sini,
Tiada siapa yang dapat membantu untuk ku berdiri semula,
tangan ini....
hanya mampu memohon kepada Ilahi Agar memberikan peluang untuk ku berdiri kembali...

Abah...

Kekesalan, kekecewaan, kesedihan, kegundahan di hati ini,
Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata,
Hanya Tuhan saja mengerti keadaan hati ku,
Aku sentiasa berdoa pada Tuhan,
Biarlah aku saja yang pergi dahulu sebelum mu,
Kerana aku telah menjangkakan perasaan ini,
Tidak bisa untuk aku tanggunginya lagi,
Tetapi aku tidak sangka bahawa dalam sekelip mata,
Kau telah meninggalkan diri ini tanpa kemaafan sempat dipohon,
Aku rasakan seolah-olah dunia ini telah terhenti seketika,
Tidak mampu ku untuk mengayuh kehidupan ini tanpa dirimu di sisi lagi,
Aku telah tewas dengan dugaan dunia ini,
Ya Allah, ampunkan hamba mu ini,
Sesungguhnya aku telah melukakan hati ayahku sehayat hidupnya,
Belum pun sempat ku mengucup tangannya,
Kau telah memanggilnya kembali ke pangkuan mu..Ya Allah.

Abah,

Masihku ingat lagi sewaktu aku bersama mu petang itu,
Aku menyuapkan mu makanan tetapi kau tidak mampu untuk menelannya,
Aku menyejukkan tubuh mu kerana demam mu yang datang dengan tiba-tiba,
Semua itu tidak membuatkan aku mengesyaki apa-apa,
Rupa-rupanya ajal mu semakin hampir untuk memisahkan kita,
Alangkah bodohnya aku pada ketika itu,
Jika aku tahu semua itu akan berlaku,
Tidak sesaat pun nafas mu akan aku tinggalkan,
Aku bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!
Mengapakah aku diuji seperti ini?
Ya... aku tahu...aku banyak melakukan dosa terhadap diri mu,
Tetapi adakah dengan cara ini aku ditinggalkan?
Sehingga kini hati ku masih lagi keliru dengan seribu pertanyaan.

Abah...

Walaupun aku tidak dapat menjadi seorang anak yang bijak,
Tetapi aku berterima kasih kepada mu kerana mendidik ku menjadi anak yang beriman,
Tidak ada apa pun harta yang dapat ku hadiahkan kepada mu,
Kecuali doa yang kudus kepada Ilahi,
Tidak ada kebahagiaan yang dapat ku serikan dalam hidupmu,
Kecuali kebaikan kecil yang tidak di pandang oleh keluarga hingga kini,
Aku tidak kisahkan semua itu,
Apa yang penting biarlah Tuhan dan dirimu mengetahuinya,
Itu sudah memadai padaku daripada seisi alam ini.

Abah...

Ku panjatkan doa untuk roh mu,
Agar engkau ditempatkan di kalangan orang yang beriman,
Mudah-mudahan …
kau dipayungi rahmat dari Ilahi,
kau dipermudahkan tinggal di alam barzakh dengan amal baik mu di dunia ini,
kau diterangi cahaya dengan doa anak-anak dan isterimu,
kau diluaskan makam mu seluas 7 petala langit hingga ke 7 petala bumi,
Ya Allah kabulkan lah doa anak yang lemah ini…amin ya robbal a’lamin

Abah,

Sesungguhnya peristiwa ini telah memberikan aku pengajaran,
Kau telah meninggalkan isterimu untuk aku berbakti kepadanya,
Aku tidak akan mensia-siakan peluang ini,
Kerana aku tahu… aku masih sempat untuk berubah,
Walaupun dahulunya tembok keegoan ku setinggi langit,
Kini aku hampir berjaya memecahkannya,
Aku tidak lagi sedegil dulu dengan mempertahankan keegoanku,
Kini aku sungguh menghargai isterimu,
Tetapi kadang kala hatinya mudah terasa,
menyebabkan aku berasa telah melakukan kesalahan yang amat besar,
tetapi aku akan tabah menempuhi dugaan ini,
aku tidak mahu tewas sekali lagi,
aku tidak mahu pisang berbuah dua kali,
aku tidak mahu menghampakan perasaannya,
mudah-mudahan aku diberi semangat untuk menempuhi semua ini,
walaupun ku tahu ianya adalah amat sukar buat ku.

Selamat tinggal duhai abah...semoga kau bersemadi dengan tenang di sana...kau tetap dihati hingga akhir hayatku...

p/s:-
Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa…hargailah mereka..Janganlah jadi sepertiku yang terlalu melayan sikapku yang ego…Kita akan lebih menghargai seseorang itu jika dia telah tiada..Tetapi sayang ketika itu semuanya telah terlambat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...