nak hilangkan boring yang ade..hari demi hari rutin harian aku lebih kurang sama..tapi sejak dua menjak ni aktiviti aku agak berbeza…nak tahu sebab ape?? Sebab aku telah menjadi POSMEN di sekitar kawasan kampongku yang belum di iktiraf oleh POS MALAYSIA…
Pada mulanya kejadian berlaku pada waktu tengah hari (WAKTU PEJABAT),waktu tengah hari yang agak panas..umpama ayat…”Malaysia is very Hot”..hehehe tengah duduk santai didepan rumah…ade motor ex5 merah (POSMEN) singgah didepan rumahku memasukkan surat di peti surat..dengan bangganye aku berlari dengan penuh harapan..surat apakah itu..(dalam hati berkata :ini mesti surat peminat-peminat aku ni) -POYO-
Bukan setakat itu sahaja…kejadian ini berlaku pada minggu yang sama tapi tarikh berbeza…posmen pon sampai dan memasukkan surat didalam peti,dengan hati teruja..aku berlari-lari dengan gaya bebas.kali ini pula alamat dan penamanya aku memang kenal sangat..tapi penama tu memang dah meninggal dunia (ARWAH)..beliau adalah jiran depan rumah aku je…aku hantarkan juga (-.-) ….
Apepun aku dah buat strategi aku..aku rasa nak tulis nota kat peti surat rumah aku dengan berbunyi “wahai posmen..apa kata..ko bagi je pada aku semua surat penduduk kampong aku..pastu aku yang hantarkan surat itu dari rumah ke rumah..,harga hantar boleh runding” ataupun aku nak buat peti surat beso2…biar banyak sikit surat tidak dikenali sampai kat rumah aku..umpama -mengucing posmen tu balik- hahaha
Sekian : dari Luahan hati dan perasaan seorang ARTISTIK..
Wasalam…..