Monday

meggi oh meggi kau pengubat hati

Lapar plak pewot aku…berbunyi krukk krapp krukk krappp.. macam usus kecik aku bepintal2 cz makanan dah x de dah untuk dihadam..huhuhu

Aku ternampak periuk SAKTI!!! Yang boleh membuatkan aku kenyang!!ternampak plak objek kuning2 yang bersandar ditepi dinding dapur..hati kecilku berkata,macam makanan jew..…wow!!! meggi rupanya, ingatkan bahan kimia ape tadi cz ia dalam bungkusan plastik merah..hihihih

Aku pon menjerit…

Aku:wei meggi sapa ni!! Aku nak satu…

Aku: ambil je..xde sapa marah (aku soal aku jawab sendiri,dah sume wat x tau je kat dalam umah sewa aku ni)hahahaha

Bunyi pewot aku semakin kencang..wow anda mahu jadi chef??mari kita belajar masak meggi ala thai 3 rasa tip top dari LADANG!!!..hihihhiihi

1.mula2 masukkan air kedalam periok..(ape2 periok pon xpe janji periok,nak guna periok belanga pon boleh)hihihihi

2.panaskan air didalam periok tadi diatas dapur (bagi yang xde dapur guna kayu api pon xpe)

3.selepas itu biarkan selama 3 minit (nak lebeh dari 3 minit pun xpe..janji air di dalam periok itu tidak kering..kalau kering tambah lagi air, hihihi)


4.masukkan perencah meggi yang sesuai untuk anda (jangan risau setiap bungkusan maggi mempunyai perencah mengikut pembelian maggi anda dikedai)

5.di ikuti dengan lafaz bismillah, masukkan mee maggi kedalam periuk itu tanpa was2 ye puan2 dan tuan2..(cakap dengan nada lembut)

Ok sy bg tips..jika anda ternampak benda asing seperti cicak,lipas dan lain2 lagi..anda biarkan pon xpe, anggap ia penambah perisa tambahan anda ye..hihih

6. ok kita sambung lagi masakkan kita,takut meggi ni hangus plak…(meggi ley hangus plak??)hahaha biarkan ia sekurang2nya 2 minit,ikut kretiviti minit anda pon xpe…hihiihih

7.selepas 2 minit,padamkan api, biarkan meggi itu selama 2 ~ 3minit (supaya panasnya berkurangan) ikut gaya anda juga,mahu meggi panas atau sejuk…


Makan lah dan nikmatilah meggi anda dengan kenyang….

Salah sorang Member aku yang baru balik memekik : WEI KORANG DE NAMPAK X MEGGI AKU KAT TEPI DINDING DAPUR??
(budak dalam umah sewa aku sume wat tak tahu)

Aku mendiamkan diri didepan laptop dan mengunci pintu bilik lalu menikmatinya meggi hasil masakkan ku dengan aman….
Alhamdulillah…kenyang…erkkk…(siap sedawa lagi) hahahahahah
Sekian~

(janji aku kenyang,hahaahah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...