Wednesday

SKETSA : Guna Banyak Nombor Telefon

Asalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat sekalian,kali ini korang rasa ape yang aku nak kongsikan dengan korang semua??? Dalam keadaan yang tentu arah,aku mula mengeledah kotak simpanan harta “ISMIT ULAM RAJA” hehehe… yang berada ditempat yang agak terbuka di sudut pandangan mata aku.


Bagi korang mesti macam tak penting, tapi bagi aku agak penting sebab ia adalah hasil penyenaraian modus operandi aku sendiri, aku nak Tanya korang la..berapa kerapkah korang menukar nombor sepanjang hidup??? Kalau korang setia dengan no telefon, aku rasa satu nombor pon dah cukup kan??? Tapi bagi yang kaki-kaki simpanan mesti lebih dari satu malah mengalahkan aku punya simpanan nombor.

Waktu mula-mula aku memakai handphone adalah jenis NOKIA siri 3310.Mesti korang pernah dengar dan pernah pakaikan?? Dulu handphone jenis ni memang popular kerana ia pencetus revolusi handphone jenis “kereta Kebal”(lebih tepat ia adalah spesis botol air yang pernah dibawa budak kesekolah waktu era 80 hingga 90-an).

Senang cerita siapa pakai handphone 3310 memang UP to DATE. walau handphone sekarang keluar jenis yang canggih-canggih tapi ada sesetengah orang masih lagi mencari handphone 3310 tu lagi untuk dijadikan koleksi walau dibayar dengan harga yang tinggi.tak salah aku harga handphone NOKIA 3310 waktu first model ni dekat-dekat 1K. barulah ada kemunculan jenis NOKIA BUTTERFLY yang harganye lebih mahal hingga 1K lebih.

 Baiklah,bukan itu yang aku nak sampaikan.sambung cerita pasal nombor telefon ni, mula-mula aku start guna talian dalam dunia hubungan ni adalah rangkaian CELCOM,kerana mesej dulu Cuma 30sen,agak murah lah,lepas tu rangkaian MAXIS pula offer lagi murah.aku pon berpaling tadah pada rangkaian CELCOM dan beralih pada rangkaian MAXIS.

Dalam beberapa bulan menggunakan perkhidmatan MAXIS, DIGI pula menyuntik semangat aku untuk bertukar kepadanya kerana kadar untuk menelefon adalah murah,time tu aku tengah ketagih nak main “BUBLE TALK”,waktu tu rangkaian DIGI je yang ada aplikasi tersebut.maka aku kecundang dengan promosi DIGI dan terus membeli nombornya. Tapi masalahnye Line DiGi kat tempat aku memang LOW sangat,kalau aku nak menelefon member aku atau ehem(bekas buah hati) mesti aku kena pergi atas bukit(suatu kawasan di dalam kampung) untuk dapat LINE yang Jelas,itupon kadang-kadang tidak jelas sampaikan aku sanggup panjat pokok.hehehe bergayut atas pokok macam ape da…..

Selepas itu,aku menukar kerangkaian MAXIS semula,kalau aku tidak menukar maka atas pokok lah tempatnye aku bercakap.hehehe..tapi sekarang aku menggunakan rangkaian yang terbaik untuk kegunaanku .Rangkaian ape??rahsia bagi aku dan orang-orang yang mengenaliku sahaja yang tahu.ini aku tunjukkan pada korang antara kad rangkaian telefon yang aku pernah guna dan telah dijumpai didalam kotak “ISMIT ULAM RAJA”. =) Sekian,WASALAM……

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...