Thursday
Mandi Wajib [wajib baca]
asalamualaikum semua... macam seronok je artikel aku kali ni kan..kali ni aku ingin kongsikan tentang hadas besar ni..walaupun korang tau tapi dengan ilmu macam ni kita perlu kongsikan dan membuatkan kita bertambah yakin dan tidak was-was..
SECARA umumnya mandi wajib mempunyai peraturannya dan perlu diikut. Pertama, niat dengan lafaz “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala atau “sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala”. Bagi wanita adalah lebih lagi untuk menentukan mandi wajib itu kerana haid dan nifas ketika niat. Bagi lelaki pula adalah terkeluar mani dari kemaluanya.Niat hendaklah dilakukan ketika air mula sampai ke badan.
Kedua, hilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni’) atau tidak jelas (hukmi). Ketiga, menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Apabila menunaikan tiga perkara itu mandi wajib anda sah.
Antara perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib termasuklah
(1) mengadap kiblat
(2) membaca basmalah
(3) membasuh dua tapak tangan
(4) mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
(5) menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
(6) berturutan (muwalat) tanpa putus-putus
(7) tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan dan
(8) membasuh sebanyak tiga kali
Perkara sunat ini dilakukan untuk mendapat kesempurnaan dan pahala.
WASALAM