Wednesday

Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian


Seekor kanggaru di PRAGUE, Republik Czec yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...