Sunday

LAWAK; Guna seluar dalam rompak kedai


DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang perompak menggunakan seluar dalam untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai.

Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyiarkan aksi lelaki tersebut merompak sebuah kedai serbaneka.

Rompakan itu berlaku pada Selasa lalu dan dia meminta lelaki di kaunter pembayaran menyerahkan kepadanya sejumlah wang tunai.

Perompak itu menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih dan pakaian lain untuk menutup wajahnya semasa dia merompak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...