Tuesday

Info kesihatan : Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

asalamualaikum...kali ni aku buka hal tentang kesihatan..
Info kesihatan ni aku kongsikan untuk korang..aku search kat google dan saje tulis jantung berdebar2...sekali tengok ada tafsiran lain sebab jantung berdebar2..ingat jmpa secret admire je jantung boleh berdebar2..hehehehe..rupanya dalam minuman yang kite pernah minum pun mendatangkan penyakit ..... ape pon kowang bace ape statement yang aku dapat ni..aku pikir betul jugak..sebab pak sedara aku pon pernah cakap..kurangkan minuman yang berunsur caffeine...
macam ni....

seseorang dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan
dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak
jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga
satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang diperolehi maka lihat dari segi tabiat
permakanannya. Punca masalah ini adalah kerana
kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan
merosakkn buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosakkan jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari
kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya,melakukan perkara
berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan
elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu
(non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy
creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain
susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan
segala yang sewaktu dengannya
7.. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam
air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus
sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan
makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun
belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga,
daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di
kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar
nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang
sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam =)


'sharing is caring.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...