Setelah sekian lama saya simpan perasaan hati padanya…
Kerana sikapnya yang lemah lembut membuatkan hati saya terpikat…
Kerana saya tahu ,mungkin saya ni hanya perhiasan seperti corak-corak yang menarik didinding,dan akan luput dimamah cuaca..
Saya selalu melihat wajahnya,dan membuatkan saya senyum keseorangan..
Saya suke kalau dia selalu menceritakan masalah dirinya pada saya…
Saya menjadikan ia sebagai symbol semangat pada diri saya…
Walaupun saya tidak pernah melihat akan wajahnya secara realiti..
Tetapi saya sudah dapat membayangkan betapa untungnya sesiapa yang dapat menawan atau menakhluki hatinya…
Saya tidak berdaya…saya hanya menumpang kegembiraan di dalam hati yang kesunyian…
saya cuba menjauhkan diri darinya untuk seketika ataupun untuk selamanya...
Biarlah ia menjadi perbualan dihati saya walau saya tidak dapat memilikinya…
Kegembiraanya sudah cukup untuk memberi kebahagian dihati saya…
Saya selalu mendidik diri ini supaya bersabar menempuh hidup yang selalu menjadi permainan khayalan mata…
Hanya sekadar gambar yang menjadi simpanan peribadi di hati…
Tidak pernah hati saya merasai begini, mungkin saya ini emosi....
Coretan ini hanya melibatkan permaianan emosi didalam diri..
Saya tidak dapat menahan sebak yang selalu hadir didalam diri ini…
Saya kuatkan semangat diri dan berdoa agar dia selalu dipermudahkan perjalan peribadinya di dunia ini dan di akhirat yang akan menanti..
Bersyukurnya diri saya kerana dapat mengenali isi hatinya walaupun seinci..
saya sedia mengisi kekosongan hidupmu dan menunggu dirimu yanng telah lama saya cari....
(HANYA CORETAN,TIADA KENA MENGENA ANTARA HIDUP DAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA…..terJIWANG AKU NI KADANG2. huhuhuhu)